Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Tuesday, June 15, 2010

BLOG 1

PENGENALAN BLOG

Kebelakangan ini, ramai yang bertanyakan tentang bagaimana nak buat laman web atau blog sendiri. Nampaknya semakin ramai yang berminat untuk menyertai dunia blog ini. Anda pun nak ikut serta? Jom! Terlebih dahulu, mari kita kenal apakah itu blog.

Apakah Itu Blog?
Blog juga adalah satu jenis laman web. Namun, berbeza dari laman web biasa, artikel-artikel baru harus sentiasa ditambah dari masa ke semasa. Ada yang menulis blog setiap minggu, dan ada juga yang menulis blog setiap hari. Dalam blog juga, pembaca boleh memberikan komen dan maklum balas terhadap hasil tulisan anda.

Mengapa Nak Buat Blog?
Tidak dapat dinafikan bahawa kini, blog lebih cepat popular berbanding laman web biasa. Jadi, lebih ramai orang yang mula untuk membuat blog dengan pelbagai tujuan, antaranya ialah:
  • Sebagai diari dan catatan harian
  • Tempat berkongsi ilmu pengetahuan
  • Berbicara hal politik (PM dan Khir Toyo pun ada blog sendiri ^^)
  • Sumber pendapatan, iaitu sebagai cara untuk buat duit secara online

Antara contoh-contoh blog adalah Saifulislam yang mengajak kita berfikir, Affuan.net yang memberi tips tentang bisnes Internet, dan juga KNizam Artwerk yang membawa anda ke tempat-tempat makan yang menarik. Tak lupa juga pada blog saya ini yang mengandungi banyak tips-tips mengenai computer.

Mudahnya Menggunakan Blog!
Adakah anda perlu menjadi seorang pakar IT untuk memulakan blog? Tidak sama sekali! Cukuplah jika anda pandai menaip dan menggunakan Internet, anda sudah mampu untuk memiliki sebuah blog (^_^).

Anda hanya perlu taip artikel anda…
Dan ianya akan diletakkan dalam blog anda. Mudah kan ^^

Pendek kata, anda tak perlu bimbang mengenai design blog anda (boleh didapati dengan percuma), ataupun bahagian sidebar (kat sebelah kanan tu) yang nampak macam kompleks. Tiada kod-kod yang susah yang perlu dihafal. Cubalah sendiri, barulah anda tahu bahawa memulakan blog tidaklah sesusah mana.


Sumber dari : http://sembangkomputer.com

No comments:

Post a Comment